BAB 1 (ALAMAT BAGI SETIAP HARAKAT DAN TANWIN)

 

Bab 1:  Alamat Bagi Setiap Harakat dan Tanwin

Harakat itu terbahagi kepada 3 iaitu:

1.      Fathah

v  Merujuk kepada alif kecil yang melintang  daripada kanan ke kiri ( - )

Terdapat perbezaan ulama’ soal peletakan baris fathah ini, antaranya:

§  Baris fathah ini diletakkan di atas huruf (ini yang diamalkan)

§  Baris fathah ini diletakkan di hadapan huruf (pendapat yang lemah)

 

2.      Dhommah

v  Merujuk kepada wau kecil ( , )

Ø  Terdapat tiga khilaf ulama’ tentang kedudukan wau ini, antaranya:

§  Baris dhommah diletakkan di atas huruf yang didhommahkan itu (ini yang diamalkan)

§  Baris dhommah itu terletak di hadapan huruf

§  Baris dhommah itu terletak di bawah huruf

Walaubagaimanapun pendapat kedua dan ketiga merupakan pendapat yang lemah.

Ø  Khilaf mengenai pengekalan kepala wau atau tidak. Di sini terdapat dua mazhab yang membahaskannya:

§  Mazhab timur - mengekalkan kepala wau ( , ) dan ini yang diamalkan

§  Mazhab barat – membuang kepala wau dan berbengkok seperti huruf dal ( د )

 

3.      Kasrah

v  Merujuk kepada ya’ ( ى ) yang dalam keadaan terbuka dan diterbalikkan ( > ) dan diletakkan di bawah huruf.

v  Bentuk ya’ ( ى ) ini juga dibuang kepalanya dan berbentuk ( _ )

 

 

Cara penandaan baris ini sebenarnya meliputi semua baris samada barisnya diirab, bina’, banih, naqol, dan sekiranya bertemu dua sukun. Kecuali dihadapan itu adalah huruf hijaiyyah seperti:

o   الم

o   ق

o   طه

·         Mazhab timur - mengatakan tidak perlu meletakkan baris ke atas huruf hijaiyyah

·         Mazhab barat - mengatakan perlu meletkkan baris pada huruf hijaiyyah

Adapun pada huruf TANWIN, baris akan ditambah mengikut baris yang sedia ada. Sekiranya baris tersebut berbaris fathah, akan ditambah dengan baris fathah dan begitulah seterusnya

 

Tanwin

v  Merujuk kepada baris yang ditambah

·         Terdapat khilaf sama ada perlu menanbah huruf ن atau tidak.

·         Sekiranya hendak ditulis, huruf ن tersebut akan diganti baris alif ( ا )

·         Namun begitu baris alif ini hanya akan ditulis sekiranya dalam keadaan mansub

 

    Dan tidak akan ditulis dalam empat keadaan

         1.   Mansub tetapi akhirnya huruf hamzah ( ماء )

         2. Diakhiri dengan ha’ taknis ( رحمة  ) 

         3.  Huruf yang majrur (huruf duduk selepas huruf jar) (من غفور )

         4. Huruf yang marfu’ ( بالمؤمنين رؤف رحيم  )

 

  Terdapat 4 mazhab yang menulis alif sebagai tanda tanwin iaitu:

1.      Mazhab Khalil dan sebahagian mazhab ahli timur

Ø  Menulis baris tanwin diatas huruf sebelum huruf alif.

 

2.      Mazhab As-syaiqani , ahli Muqarabbah , ahli madinah , ahli kuffah dan ahli Basrah

Ø  Menulis bari tanwin diatas baris alif

 

3.      Alamat harakat ditulis diatas huruf, manakala alamat tanwin ditulis diatas alif.

 

4.      Alamat harakat ditulis diatas huruf, kemudian ditambah pula satu lagi baris bagi alamat tanwin seperti (=) diatas alif.

 

ü  akan tetapi mazhab ketiga dan keempat adalah mazhab yang lemah .

         Keempat-empat mazhab ini, diaplikasikan dalam tiga keadaan, iaitu:

         1.   Ketika mansub

         2.  Ketika majrur

         3.  Ketika maksur

 

 Bagi keadaan pertama yang tidak akan ditulis alif iaitu:  Mansub tetapi akhirnya huruf hamzah

( ماء ), terdapat tiga pendapat cara peletakan baris tanwin (=) iaitu:

ü  Diletakkan diatas hamzah ( ini yang diamalkan )

ü  Diletakkan diatas alif kecil yang terletak selepas huruf hamzah.

ü  Dijadikkan alif kecil sebelum hamzah dan alif pada huruf mim, sementara hamzah diletakkan di dalam rumah mim dan ditambahkan dengan tanda tanwin atas hamzah.

Akan tetapi, mazhab kedua dan ketiga merupakan mazhab yang lemah.

NUR ALIYAH BINTI IZHAM (DT07-0663/2019)












NATRAH BINTI ZASMI (DT07-0656/2019)

 

 

No comments:

Post a Comment